KOLEKSI MUZIUM NEGERI TERENGGANU 09

...barry rob-stewart pernah menulis didalam artikel journalnya menyentuh tentang lukisan aku ini..beliau merupakan antara pengkritik seni yang terkenal,maestro kepada pelukis2 hebat dunia masa kini dan beliau juga amat tidak berhati perut yang pernah aku kenali.."tiada apa yang istimewa dan semuanya seperti sampah seperti juga karya-karya beliau sebelum ini.."..emmm antara petikan kata-kata beliau didalam journalnya yang amat menarik perhatian ku..terkedu?semestinya aku terkedu dengan penulisan beliau ini.."tiada apa yang istimewa yang ada didalamnya seperti balang hampagas"...merujuk kepada pengisian didada lukisan tersebut.
...aku ada menghubunginya melalui e-mail meminta penjelasan lanjut tentang kritikan pedasnya itu..sempatlah aku bertukar-tukar maklumat dengan 3-4 kiriman e-mail dan aku memutuskan untuk berhenti menghubungi beliau buat sementara waktu sebelum api kemarahan aku sampai ke level 360 bangunan Al-Burj..kini aku tenang setenang lautan selatan dan aku sedang asyik dengan kajian ku mengenai kelemahan teknik dan tektikal pada karya ini.didalam masa yang sama aku tetap bergembira kerana karya ini telah selamat menjadi koleksi muzium terengganu buat selama-lamanya..walaupun karyanya sudah tiada didepan mata namun aku masih memiliki hasil kajiannya yang aku usahakan selama setahun..
...dan kepada barry tiada yang lebih membuat aku teruja selain dari kritikan anda yang membangunkan aku dari lena yang panjang..maknanya masih jauh dan banyak lagi waktu yang harus aku korbankan untuk mematangkan hasil kajian teknik dan tektikal untuk menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.
DI BALAI SENILUKIS NEGARA - PAMERAN "TAMPANNYA BUDI"

BERDIRI SAMA TINGGI DAN DUDUK SAMA RENDAH
....itulah ungkapan yang amat tepat yang dapat aku gambarkan takala lukisan kajianku terpilih untuk pameran bersama barisan nama-nama besar dan agong dalam dunia lukisan diMalaysia..dulu aku terasa seperti hama yang berlari lintang pukang mencari perlindungan apabila mengetahui ada nama2 besar yang turut serta didalam mana2 pameran berskala besar.
....kini segala perasaan tersebut hilang umpama jerebu yang pernah melanda semenanjung pertengahan tahun ini (akibat kerakusan manusia2 dungu yang menebang pokok dan membakarnya secara terbuka atas tiket kemodenan.)bangganya aku melihat nama-nama dan karya-karya hebat digantung sebelah menyebelah dengan karyaku...
...pengikhtirafan sebenarnya tidak perlu dicari..tak payahlah kau sogokkan muka mu mencanang satu malaya agar kau diberi pengikhtirafan kerana pada aku sekiranya kita menekuni sesuatu dengan ilmu ikhlaskan hati penuhkan jiwa dengan minat dan buat sesuatu yang baru dari kebiasaan kita nescaya pengikhtirafan akan datang mencari kita..takala itu janganlah kita menyombong diri kerana akal kita pinjaman dari Allah hati kita pinjaman dari Allah bakat kita pinjaman dari Allah tangan kita yang memalit warna kekanvas pun pinjaman dari Allah hatta kederat kita bersengkang siang malam menyiapkan sesuatu kajian dalam aliran yang kita tekuni juga pinjaman dari Allah...percayalah sesuatu yang dipinjamkan kepada kita akan kembali kepada Tuan yang memilikinya secara mutlak.
....berdirilah kita sama tinggi dan duduklah kita sama rendah kerana kita tiada bezanya hanya yang membezakan kita ialah mereka yang bertaqwa disisi NYA.
..antara petua-petua yang boleh diamalkan sekiranya kalian mahu bergelar pelukis yang ternama dan tersohor dalam masa 2 bulan sahaja ialah -
..sediakan kelengkapan2 melukis dengan tepat..keperluan2 alatan berbeza mengikut teknik dan aliran.(layari internet cari laman web yang menyediakan alatan2 untuk melukis)
..sekiranya anda minat dengan teknik cat air maka haruslah mencari alatan2 yang berkaitan dengan cat air..bukan begitu????
..alatan pun dah disediakan..lalu anda harus ada ilmu..(layari internet cari laman web yang menyediakan buku-buku untuk rujukan dari asas hingga lah ke tahap profesional dan anda boleh membeli menerusi on-line harus diingat lagi banyak pelaburan anda untuk buku-buku yang menyediakan ilmu-ilmu ini maka lebih besarlah peratusan anda untuk mendapat ilmu yang banyak..kerana untuk menjadi pelukis yang hebat dan ternama harus mempunyai ilmu yang bukan sedikit)
..sekiranya anda minat dengan cat minyak maka wajiblah anda mencari buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik melukis cat minyak...begitulah hukum nya..bukan begitu????
..buku-buku pun dah ada..semaklah helaian demi helaian ikutlah petua-petua atau teknik-teknik yang diajarkan didalamnya dengan penuh minat...jangan takut proses itu cuma mengambil masa 10 hari sahaja untuk anda menghabiskan 100 buah buku rujukan sekiranya anda mampu berhibernisasi tanpa solat,makan dan tidur serta melepaskan hajat...anda masih berbaki 50 hari untuk mencapai objektif.
..hari kesebelas anda boleh mula dengan pelajaran pertama..praktikal (tiada lagi teori)bermakna anda sudah boleh tersenyum sambil memegang pensil lalu lakarlah sesuatu yang diajarkan didalam buku rujukan.(untuk kerja melakar anda disarankan hanya menggunakan pensil atau pensil arang sahaja)adalah dinasihatkan agar anda tidak jemu melakar kerana tiada apa yang perlu anda khuatiri sekiranya anda mampu berhibernisasi tanpa solat,makan dan tidur serta melepaskan hajat...anda bisa sahaja menajamkan skil melakar dalam masa 10 hari sahaja dan anda masih berbaki 40 hari untuk mencapai objektif.
..hari kedua puluh satu anda sudah bisa menjeling kearah warna,berus dan palet..sudah tentu dada kanvas atau kertas bakal menjadi sasaran anda..dengan penuh keta'akulan anda boleh mula mewarna dengan berpandukan rujukan dari buku-buku yang anda pelajari sebelum ini..jangan gusar kerana dengan segala alatan yang betul untuk kerja2 yang betul anda mampu melalui proses mewarna dengan jayanya sekiranya anda mampu berhibernisasi tanpa solat,makan dan tidur serta melepaskan hajat...anda bisa sahaja menyudahkan proses mewarna untuk lukisan bersaiz 5' x 5' berjumlah 50 buah dalam masa 10 hari sahaja dan anda masih berbaki 30 hari untuk mencapai objektif.
..hari ketiga puluh satu anda tentu penuh bersemangat dan keterujaan anda makin bergelora setelah melalui 30 hari dengan berhibernisasi dan dihadapan anda sudah tersusun 50 buah lukisan ciptaan anda yang siap dan bersedia untuk dibingkaikan..(perlu diingati pelukis-pelukis hebat dan ternama mampu menyediakan tempat membuat bingkai dan mereka sendiri mampu membuat bingkai sendiri dengan standard kualiti yang tinggi)dan untuk merealisasikan impian tersebut anda melaburlah sejumlah ratusan ribu ringgit malaysia dengan menyediakan studio untuk pembikinan bingkai dan membeli alatan-alatan dan mesin-mesin bagi proses menyiapkan sesebuah bingkai.(pastikan anda tidak tertinggal satu alatan pun ketika proses pembelian itu kerana dikhuatiri ia akan mencacatkan proses pembikinan sesebuah bingkai..)
dengan segala pelaburan yang banyak maka seharusnya studio anda siap dalam masa 10 hari sahaja dan anda masih berbaki 20 hari untuk mencapai objektif.perlu disisipkan disini catatan nota kaki buat peringatan sepanjang 10 hari kontraktor yang anda upah menyiapkan studio tersebut anda bolehlah menggunakan masa tersebut menjalani latihan amali di kedai membuat bingkai yang berhampiran dengan anda untuk mengetahui selok belok pembuatan bingkai yang bermutu tinggi.(perlu diingati proses latihan amali ini anda harus membayar kepada tuan kedai dengan jumlah yang tinggi bagi mendapat segala ilmu yang diperlukan)
dengan kemampuan amda berhibernisasi tanpa solat,makan dan tidur serta melepaskan hajat...anda bisa sahaja menyudahkan latihan tersebut dengan jayanya.
akan bersambung.....cissss

...tiada yang lebih memeritkan pada aku selain dari melukis sebuah lukisan pemandangan..keperitan yang amat dahsyat ialah apabila melalui proses..
..mengadaptasi idea..lakaran dan seterusnya mewarna.seringkali aku merasa suatu bebanan yang menghempap diatas kepala umpama konkrit seberat 10000 tan yang jatuh dari langit ketujuh..namun segalanya berbayar setelah lukisan hampir siap dan aku tau aku bisa saja menoktahkan nya dengan tandatangan..
...aku tidak terbiasa melukis pemandangan hanya dari sekeping poskad..apa yang wajib aku lakukan takala hendak melukis sesebuah pemandangan ialah aku lebih praktikal pergi ketempat itu..dengan segala perkakasan outdoor untuk melukis aku akan duduk melakar hinggalah ketahap detail..itu pun sudah mengambil masa 1-2 jam.
...setelah selesai kerja-kerja melakar aku akan mengambil beberapa shot pemandangan yang aku lakarkan tadi..kerja-kerja photography ni aku memang tak pro sangat dan aku memang terseksa setiap kali aku shot gambar-gambar pemandangan yang aku lakar tadi...
...seterusnya pemandangan yang aku shot dicuci dibesarkan ke tahap 8R lalu kedua-dua gambar photo serta lakaran digandingkan...masa ni aku akan cari peratus kesamaan antara kedua-duanya...perincian lakaran diteliti bab ni aku amat cerewet kerana aku terbiasa memastikan setiap lakaran aku menepati standard yang tinggi seperti "jiwa" pada pemandangan tersebut..selain "karektor" alam dan unsur-unsur yang berkaitan dengannya...
..lakaran potret memerlukan pemerhatian yang tinggi serta fokus pada model dihadapan..berdepan dengan model yang memahami betapa sukarnya untuk...
..mendapatkan bentuk lakaran yang setepat mungkin dalam jangka waktu yang amat-amat terhad adalah satu kepuasan bagi aku..apatah lagi dengan lakaran potret spontan..percayalah tiada sesiapa pun yang rela wajahnya dilukis andainya dia perlu membayar dan harus menanti begitu lama..
namun aku pernah mengenali seorang rakan yang "wannabee" pelukis dan dia memangnya melukis pun..pernah dan selalunya dia akan mengambil masa yang amat-amat lama untuk menyudahkan sebuah lakaran potret spontan..aku maksudkan amat-amat lama,hampir 2 jam untuk melakar sahaja..belum kira bab tona dan rendering lagi tu.selalunya beliau tidak pernah sempat menyiapkan lakarannya..dan pelanggan-pelanggan beliau pun rata-rata mensedekahkan kembali lakaran itu pada beliau beserta duit kopi..

..kisah yang aku perturunkan diatas bukan hendak mengaibkan sesiapa apatah lagi aku tidak sesekali menyatakan nama individu tersebut...cuma ingin aku berkongsi disini andai kita hendak menjadi seorang pelukis yang melukis potret lakaran spontan BELAJAR lah dulu asas.
...mereka memerhati merenung dengan penuh minat dan kekaguman agaknya...persis seorang ahli sihir yang bisa menjelmakan seekor angsa putih dari..
tongkat saktinya.agak aku begitulah mereka semua ini memandang akan pekerjaan ku..atau ada yang sudah bisa memasang angan-angan untuk menjadi seperti aku.(?)
kekaguman tanpa batas apabila melihat sekeping kertas putih salju dilakarkan sebuah wajah yang setia duduk terpaku..sesekali anak-anak mata mereka beralih kepada model dan kekertas..berbisik sesama mereka sesekali terdengar dicuping telinga ku derai ketawa yang entah apa mengelikan hati mereka..sekejap mereka terdiam sekejap hingar bingar kembali memecah ruang..aku senang dengan telatah kamu anak-anak kecil..kerana kau belum mengerti bagaimana aku melakukannya.
...bukan senang untuk membentuk sesuatu unsur alam kedalam sesebuah lukisan..kerana setiap unsur alam ini ada sifat-sifatnya yang semulajadi..

...untuk mengetahui sifat2 itu pelukis harus mempelajari beberapa rukun @ kanun yang terkandung didalam ilmu melukis.sekadar memberi contoh - warna apakah yang membentuk dibawah lapisan kulit manusia?sekiranya dia itu berkulit hitam genetiknya ialah dari afrika..misalannya.dan seorang lagi dia berkulit kuning langsat yang tentu genetiknya dari china.
...apakah sama warna dibawah lapisan kulit antara keduanya? LU PIKIR LAH SENDIRI!
...belajar adalah proses yang tiada henti..dari melakar sesebuah idea untuk sesuatu lukisan itu dapat dikembangkan..kadangkala hasil yang terjelma....
tidak pernah memuaskan hati aku..fitrah sang pelukis seperti aku yang tidak pernah mahu belajar menerima seadanya..kadangkala ada saja yang jelik dimata walaupun dimata orang lain ia sudah begitu sempurna sekali...aku pun tidak ketahuan hujung dan pangkalnya mengapa aku amat membenci saat itu.tetapi natijahnya ia mendorong pula aku untuk terus belajar dan belajar...

..ada dikalangan mereka yang baru berjinak2 melukis tapi malas hendak belajar...aku tak tau lah apa yang kalian lukiskan..tanpa belajar.lainlah kiranya melukis bagi kalian hanya hobi bagi mengisi masa terluang daripada kalian merempit dan melepak tanpa henti...
..namun ada juga dikalangan rakan2 ku yang tidak pernah belajar..kata nya pandai semulajadi..aku tak tahu lah kalau ada yang boleh melukis secara semulajadi..

..kami berkumpul merakam kenangan bersama-sama setelah masing-masing selesai berbicara dengan kanvas dan warna..selama kalian semua bersedekah doa..
..dan harapan selama itu lah kami bercinta asyik sakan dengan warna dan berus.dimuzium terengganu kami sering bertemu setiap 11 kali pusingan bulan mengambang..disini setiap dari kami membujur lalu dan melintang patah bertekad merealisasikan segala yang tergambar segala yang tersirat dibenak fikiran dan minda tua kami ini memimpin akal dan budi pekerti.
..disini tiada kunjungan ahli keluarga dan rakan taulan membawa sejambak bunga tanda ingat kasih..jangan bermimpi kerana ia memang tiada.disini siapa yang rapuh akan terbujur kaku..siapa yang gagah akan menghabiskan perjuangan hingga keakhirnya.
..kami adalah pejuang kerana itulah kami mengabadikan kenangan bersama.

...pernah kalian mendengar alunan suaranya?..rentak muziknya yang menjadi ikon diserata dunia.nahaslah kamu kiranya kamu tidak mengenali beliau..
..memang kalian mencari nahas sekiranya kalian tidak pernah melakukan kajian mendalam tentang perjuangan beliau hingga ke akhir hayat.persetankan kegilaannya yang suka mengambil dadah terlarang..kerana beliau memang telah menggunakan haknya untuk mati dalam keadaan yang amat aib sekali..berkubur segala perjuangan yang dilaungkan kau memang mensia-siakan kehidupan mu..janganlah kita berfikir yang kita ada 9 nyawa untuk mensia-siakan hidup ini dengan dadah.
..tiada yang lebih mengemparkan setelah kau tahu antara kita rupanya mempunyai banyak persamaan...kita berkongsi minat yang sama..gemar memperagakan..
..bila aku melakar potret spontan satu perkara yang bermain dibenak aku ialah dapatkah aku lukiskan wajah didepan ku ini setepat mungkin.aku tidak...
..pernah ambil peduli secantik mana lakaran itu akan aku hasilkan..cuma setepat mana dapat aku hasilkan.ketepatan sesebuah potret spontan pada pendapat aku ia menggabungkan dua unsur yang amat penting.
..unsur pertama ialah - pelukis..dan unsur yang kedua ialah - model..
....sekiranya pelukis hebat melakar seorang model yang tidak tahu duduk diam percayalah ketepatan pada lakaran potret itu akan menjunam jatuh..andai seorang pelukis yang baru hendak bertatih melakar seorang model yang profesional kau percayalah ketepatan pada potret itu akan naik dengan mendadak sekali.
..ketepatan bagi aku adalah unsur yang tiada kompromi..akan tetapi aku sering kali berbisik ke telingaku "..tiada apa yang sempurna didunia ini andai kita tidak pernah menjurus kearah kesempurnaan..."

...takala aku pusing pening seluruh alam maya ini dirasakan aku akan ke pantai teluk chempedak di kuantan ni lah jugak..ada sape2 yang tidak tahu...

..dimana pantai teluk chempedak?..kebiasaannya aku kemari bila terlalu penat, samada menyiapkan tugasan tempahan dipotret corner atau menyiapkan lukisan pemandangan berskala besar digaleri..akan tetapi jangan tersilap dikhabarkan oleh orang yang pernah kesitu aku bukannya berehat pun..tapi tetap juga melukis.

...benar sekali telahan mu, aku jadikan pantai teluk chempedak sebagai tempat aku melepaskan segala penat lelah dengan melukis potret secara spontan.kerana bagi aku dengan melukis secara spontan aku bisa mendapat terapi yang amat berkesan untuk merehatkan minda dan otot2 yang penat bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)